
Sulit
4 tahun
Hamil atau tidak ikut apps atau catatan manual
Saya berumur 32thn dan baru 2thn mndirikan rumahtangga belum mempunyai anak… Soalan saya2 keliru kalau ikut pada catatan manual saya period saya akan datang 28hb hari ni dah lewat sehari tapi saya juga ada downloas applikasi period dan di apps menyatakan saya spttnye period 25hb sudah lewat 4 hari… Perlu ke saya membuat ujian kehamilan? Saya takot hampa jika negative tapi kalau positive syukur alhamdulillah sbb itu yg sy nanti2kan…terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid lewat.
Untuk makluman anda, terdapat banyak sebab haid tidak datang atau lewat seperti:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda boleh menangguh ujian kehamilan sehingga seminggu dari sekarang sekiranya anda risau tentang keputusan yang akan dapat. Namun jikalau haid anda masih tidak hadir selepas seminggu, saya menasihatkan anda untuk melakukan ujian kehamilan. Sekiranya keputusan masih tidak memuaskan, anda dinasihatkan ke klinik atau hospital untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut.
Melihat kepada situasi anda yang telah berkahwin selama dua tahun, saya menasihatkan anda dan pasangan untuk berhubung dengan Doktor Pakar kesuburan untuk membincangkan permasalahan sebenar dan rawatan yang boleh dilakukan untuk membantu mendapatkan zuriat. Jangan risau kerana terdapat banyak rawatan pada masa kini untuk pasangan yang menghadapi masalah sukar mendapat zuriat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.