
Sulit
4 tahun
Hamil perut asyik mengeras
Dari 30minggu sampai 32minggu perut asyik mengeras…Cuba tukar posisi tp tetap sama…APA patut saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit perut ketika hamil adalah perkara yang biasa berlaku kepada ibu mengandung dan biasanya tidak membahayakan anda atau kandungan.
Antara penyebab sakit perut ketika hamil adalah:
- Ligamen tegang- Terdapat ligamen yang menghubungkan rahim dan pangkal paha. Ligamen ini semakin tegang apabila rahim membesar semasa kehamilan. Ini biasanya menyebabkan kesakitan kepada ibu mengandung ketika beralih posisi.
- Angin atau sembelit- Kehamilan menyebabkan paras hormon estrogen meningkat. Hormon ini menyebabkan sistem penghadaman berfungsi dengan perlahan. Ini menyebabkan masalah sembelit dan angin pada ibu mengandung dan boleh menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan di dalam perut.
- Braxton Hicks Contraction- Keadaan ini dirasai seperti “contraction” hendak bersalin. Namun, keduanya adalah berbeza kerana “contraction” sebelum bersalin adalah lebih sakit dan panjang. Masalah Braxton Hicks Contraction boleh berlaku akibat dehidrasi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya sakit perut yang anda hadapi adalah keterlaluan atau anda mengalami simptom lain seperti pendarahan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.