
Anonymous
6 tahun
Hampir 2 bulan lewat haid tapi upt tetap negatif
Saya berumur 27 tahun telah berkahwin dan dalam tempoh 2 bulan lewat haid telah berkali2 buat ujian upt tapi tetap negatif. Namun sy kerap mengalami suhu badan yg panas mendadak dan demam yang mengejut, selalu sakit kepala, dan akan muntah slepas makan. Selain itu sy juga kerap merasa badan letih n penat yg melebihi berbnding sebelum ini. Hal ini sekali gus menyebab kan sy keliru sama ada sy hamil atau tidak. Sy mohon penjelasan dr doktor untuk membantu sy. Apakah yg patut sy lakukan sekarang.? Utk pengetahuan doktor sy belum ade ke mane2 klinik pn untuk mendapat kan kepastian tentang hal nie.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.