
Sulit
4 tahun
Hepatitis b dan c boleh sembuh
Hello doctor…sy ingin tahu sama ada hepatitis b dan c ada peluang untuk sembuh…minta penjelasan…terima kasih

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, penyakit hepatitis B mempunyai vaksin dan tiada ubat untuk hepatitis B jika pesakit menghidapi jangkitan tersebut. Walaubagaimanapun, gejala dan simptom hasil daripada jangkitan hepatitis B masih boleh dikawal menggunakan ubat-ubatan yang terdapat di hospital. Bagi jangkitan hepatitis C, pesakit dianggap pulih daripada jangkitan tersebut apabila ujian darah mendapati bahawa virus tersebut tiada lagi di dalam darah pesakit. Anda boleh baca dengan lebih lanjut berkenaan jangkitan hepatitis di sini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.