
Anonymous
5 tahun
Herpes genital di faraj
Doctor saya nak tanya… Adakah penyakit herpes kelamin ni… Boleh di serang kanser rahim kalau tidak di rawat… Apakah penyakit herpes ini bahaya sehingga boleh bawak maut atau kanser di kemalauan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda biasanya jangkitan pada kelamin seperti herpes tidak membawa risiko kanser rahim. Namun begitu jangkitan HPV atau human papiloma virus boleh membawa risiko kanser cerviks.
Namun demikian, jangkitan herpes genital yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi seperti:
- Lebih mudah mendapat jangkitan kelamin yang lain
- Boleh menyebabkan jangkitan kepada bayi sekiranya mengandung
- Boleh menyebabkan radang pundi kencing
- Boleh menyebabkan radang pada dubur
- Terdapat kes yang menunjukkan jangkitan ini juga boleh menyebabkan radang pada selaput otak
Oleh itu anda amat disarankan untuk merawat jangkitan ini sekiranya mengalaminya. Anda haruslah mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mengetahui adakah jangkitan yang anda alami adalah herpes atau jangkitan lain. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.