
syamira62
2 tahun
Herpes zortes (herpes)
Saya terkena herpes di angular lips , saya diberi ubat acycrolic something camtu … ubat apa lagi boleh mempercepatkan proses pembaikan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda,herpes berpunca daripada jangkitan herpes simplex virus (HSV) jenis 1 ataupun 2. Bergantung kepada jenis virus, kebiasannya lokasi jangkitan akan berbeza. Seperti anda, herpes jenis 1 kebanyakannya hanya akan mengakibatkan luka atau lepuh di bahagian mulut manakala bagi pesakit herpes jenis 2, bahagian di sekitar atau pada kemaluan akan terlibat.
Situasi yang dialami anda sebenarnya bukan sesuatu yang tidak biasa berlaku. Jangkitan virus ini terjadi melalui sentuhan terus kulit, ciuman, perkongsian sudu, pinggan dan garfu serta perkongsian alatan mandi dengan orang yang telah dijangkiti oleh virus ini sebelumnya.
Rawatan yang anda menerima adalah rawatan spesifik,iaitu ubat anti viral, yang mampu mengurangkan tahap jangkitan dan tempoh masa jangkitan,maka akan mempercepatkan proses pembaikan.Ubat sapuan pula jarang diberi kerana ianya kurang berkesan dari pil yang boleh dimakan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.