
Sulit
4 tahun
Hi doc…saya ada masalah batuk bile kena asap,bile duduk dalam aircond,bile sa habuk saya mule bersin…bile batuk kahak saya lendir jernih..mohon pencerahan ye doc
sy bad umur 33

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah batuk boleh disebabkan oleh:
- Asma- Asap dan suhu sejuk boleh menjadi pencetus kepada simptom asma kerana saluran pernafasan anda akan bertindak meningkatkan ‘pertahanan’ apabila berhadapan dengan pencetus asma. Oleh itu, anda akan mengalami batuk, berkahak, mengi dan mungkin kesukaran bernafas. Asma boleh berlaku apabila anda mempunyai sejarah keluarga atau sejarah asma semasa kecil.
- COPD
- Allergic Rhinitis
Bersin semasa terhidu habuk memang reaksi biasa. Ini merupakan cara badan kita membuang habuk yang melekat dalam dinding saluran hidung kita. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.