
Sulit
3 tahun
Hi dr, saya baru bernikah minggu lepas. selepas malam pertama saya dapati ada daging yg berbentuk panjang melekat dalam faraj saya
saya berumur 25 tahun, dan tiada sebarang masalah kesihatan. Saya baru sahaja bernikah minggu lepas, selepas malam pertama saya dapati ada daging yg melekat dalam faraj saya dan sedikit terkeluar. saya cuba tarik dan berasa sakit. so far saya takda rasa sakit ape2. Cuma saya bimbang ia berbahaya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami kerisauan anda, tetapi kami memerlukan maklumat lanjut supaya kami dapat memberikan anda diagnosis yang lebih tepat.
Secara umumnya, masalah anda boleh disebabkan oleh ‘vaginal prolapse’ ataupun disebabkan oleh otot pelvis yang lemah. Sila rujuk kepada doktor pakar sakit puan supaya masalah anda dapat disiasat puncanya dan seterusnya dirawat. Anda boleh menghubungi doktor pakar kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan