
Sulit
5 tahun
Hilang keseimbangan badan/Lemah Lutut/Kaki mengigil
Saya remaja lelaki 17 tahun,saya dapat simptom ini semasa saya dalam proses pernurunan berat badan…berat saya pada mula 150KG dan sekarang 110KG…saya mula merasai lemah lutut beberapa minggu Yang lalu,jika mahu bangun/menaiki tangga saya seperti hilang keseimbangan badan…dan acap kali terjatuh jika mahu bangun…kaki saya juga mengigil tanpa sebab…adakah disebabkan proses pernurunan berat badan atau penyakit yang lain,…selain lemah lutut,kaki mengigil,…kepala saya Kadang² berdesing …apakah cara alternative untuk masalah saya Dr…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dehidrasi
- Ketidakseimbangan elektrolit tubuh
- Akibat sesetengah ubatan
- Akibat terlalu sering berpeluh, kencing ataupun buang air besar yang tidak terkontrol
Memandangkan gejala berlangsung sewaktu anda sedang dalam proses penurunan berat badan, adalah digalakkan untuk anda mendapatkan konsultasi agar usaha penurunan berat badan dapat dioptimisasikan tanpa sebarang kejadian masalah yang tidak diingini. Sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.