
Sulit
4 tahun
Hiv luar tabii pada tahun 2013 tapi pernah buat hiv test 2015 dan 2018.. result negatif. adakah saya patut membuat ujian hiv untuk kali ke 3 pada tahun 2021
saya umur 26y saya nak tanya jika sy pernah berhubungan sex pada tahun 2013… selepas dari itu saya saya berkahwin tahun 2016 dan penah membuat test hiv pada 2015… result negatif… test hiv ke 2 ketika hamil 2018 masih negatif. saya masih tertanya perlu atau tidak saya buat test hiv kali ke 3 untk bukti kan result saya yang sebetulnya… saya masih ragu terima kasih…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, apabila berbincang tentang HIV, terdapat window period HIV yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti (melalui aktiviti berisiko dan sebagainya) sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang adalah berbeza-beza, namun rata-rata adalah sekitar 3 minggu. Window period adalah penting dalam melakukan ujian HIV. Secara amnya, 99% individu yang dijangkiti HIV akan dikesan melalui ujian HIV dalam 57 selepas melakukan aktiviti berisiko bersama individu yang mempunyai HIV.
Mengikut kenyataan yang anda berikan, anda tidak dijangkiti HIV kerana keputusan anda negatif pada tahun 2015 dan 2018. Tiada masalah untuk anda untuk melakukan ujian kali ketiga untuk mendapatkan keputusan supaya anda dapat berasa yakin dengan keputusan anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah