
Sulit
4 tahun
Hiv negatif tapi merasa seperti ada simptom
Sy telah melakukan aktiviti berisiko dengan pelacur… Selepas itu saya merasa ada simptom2 hiv… Pada hari 44 saya ambil ujian hiv di klinik swasta dan keputusan negatif… Pada 3 bulan 14 hari saya ambil ujian rapid test di klinik kerajaan dan negatif juga… Dan ujian terakhir pada 6 bulan 15 hari ujian yg sy ambil adalah ujian PCR di klinik kerajaan dan keputusannya NEGATIF juga termasuk STD, HEP-A, HEP-B dan HEP-C semua negatif… Adakah keputusan semuamya sudah konklusif sebab masih rasa macam panik lagi …

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai ujian HIV yang dilakukan berdasarkan waktu antara seseorang terdedah pada HIV dan ujian HIV untuk mengesan virus yang dipanggil window period. Antara ujian HIV yang boleh mengesan virus ialah
- nucleic acid test (NAT), ujian ini boleh mengesan virus selepas 10 - 33 hari selepas pendedahan pada virus
- antigen/antibody test: akan mengesan virus selepas 18 - 45 hari selepas pendedahan kepada virus
- antibody test: akan mengesan virus selepas 23 - 90 hari selepas pendedahan kepada virus.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan!
Ujian HIV ini amat tepat jika anda membuat dalam window period yang ditetapkan tetapi amat digalakkan untuk membuat ujian kepastian selepas 3 bulan selepas pendedahan virus. Namun begitu anda patut berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda boleh juga klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Bebas dari jangkitan kelamin! Pakar sedia membantu!