
Sulit
4 tahun
Hormon semakin menurun
Telah mengambil postinor ketika dalam tempoh penyusuan anak dan payudara menjadi kendur dan penghasilan susu juga semakin kuran. Boleh tahu cara utk pulihkan payudara dan meningkatkan kembali penghasilan susu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah penghasilan susu badan ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Stres - jika ini adalah anak pertama anda, stres ketika hendak menyusu boleh menyebabkan hormon penyusuan berkurangan
- Masalah saluran susu tersumbat - akibat kecederaan ketika menyusu atau faktor lain
- Kesan pil perancang - jika ada mengambil sebarang pil perancang
- Ubat - terdapat juga ubat yang boleh mengganggu hormon penyusuan
- Kurang nutrisi - proses penyusuan memerlukan tenaga dan nutrisi mencukupi bagi penghasilan susu badan
Untuk menangani masalah yang anda alami, anda boleh cuba lebih bertenang, amalkan pemakanan mencukupi dan seimbang dan periksa ubatan yang diambil bersama doktor. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.