Anonymous
3 tahun
How to track our ovulation date
Hai saya wanita, berumur 27 tahun… ingin mendapatkan zuriat… bgaimana saya boleh mengetahui bila waktu dan hari saya yang paling subur dgn tepat ye? Period saya konsisten jatuh pd 27 june lepas dan bulan ni jatuh pada 26 julai…jaran period cycle saya 29 hari…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda:
Hari-1 bermula dengan hari pertama haid anda. Ini berlaku selepas tahap hormon jatuh pada akhir kitaran sebelumnya. Ini menyebabkan darah pada lapisan dinding rahim gugur jatuh dan keluar daripada badan. Perdarahan ini akan berlaku selama 5 hari.
Pada Hari-7, pendarahan selalunya akan berhenti. Sehingga masa itu, hormon akan menyebabkan kantung berisi cecair yang dipanggil sebagai folikel untuk berkembang pada ovari. Setiap folikel mengandungi telur di dalam ovari.
Antara hari-7 dan hari-14, satu folikel akan terus berkembang dan mencapai kematangan. Lapisan rahim akan mula menebal dan menunggu untuk telur yang disenyawakan di lekat pada lapisan dinding rahim tersebut. Lapisan ini kaya dengan darah dan nutrien.
Sekitar Hari-14 (dalam kitaran 28 hari), hormon akan menyebabkan folikel menjadi matang untuk dilepaskan dari telur dan beredar dari ovari. Proses ini dipanggil sebagai proses ovulasi.
Dalam beberapa hari kemudian, telur akan bergerak ke bawah tiub fallopi ke arah rahim. Sekiranya sperma menyatukan telur di situ, telur yang disenyawakan akan terus turun ke dalam tiub fallopian dan melekat pada lapisan rahim.
Jika telur tidak disenyawakan, tahap hormon akan turun pada Hari-25 dan ini menandakan kitaran haid seterusnya akan bermula. Telur akan pecah dan digugurkan untuk kitaran haid seterusnya.
Pakar fertiliti akan menggunakan gabungan beberapa kaedah pengawasan waktu kesuburan. Oleh itu, pemeriksaan akan dijalankan secara berperingkat untuk keputusan yang paling efektif.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
































