Sulit
4 tahun
Hubungan kelamin pertama kali
Saya baru berkahwin Dan masih belum melalukan hubungan melamine bersama suami , kami cuba melakukan tapi saya berasa takut dan bila suami cuba masuk kan zakar saya berasa sakit dan pedi, apakah cara untuk saya tidak berasa sakit dan rilex? Adakah saya berasa sakit kerana zakar yg besar ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ia adalah perkara yang normal untuk berasa takut ketika melakukan hubungan seks buat kali pertama. Namun, perasaan takut atau resah secara berlebihan boleh mengganggu hubungan intim anda dengan suami anda. Oleh itu, anda boleh berbual dengan suami anda dan nyatakan kerisauan anda. Anda juga boleh melakukan pelbagai cara untuk menenangkan diri seperti memainkan music.
Sekiranya masalah ini berlarutan, ia mungkin disebabkan beberapa penjelasan, antaranya:
- Jangkitan - jangkitan kelamin (STI), seperti klamidia, gonorea atau herpes genital
- Kekurangan gairah seksual
- Vaginismus - keadaan di mana otot di dalam atau di sekitar faraj tertutup rapat, menjadikan seks menyakitkan atau mustahil
- Iritasi alat kelamin atau alergi yang disebabkan oleh spermisida, kondom lateks atau produk seperti sabun dan syampu
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
SIla klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































