
Sulit
4 tahun
Hubungan seks (pecah dara)
Hi doc, saya wanita berumur 26 tahun. Almost 8 months saya kahwin & masih dara doc. Byk kali kami cuba still masih susah untuk pecahkan. And sometimes rasa sakit tapi saya tahan je. Knp ye doc? Adakah dara saya ketat? Saya ingin berjumpa dgn doc tp saya malu dgn mco lagi haih. Tolong saya doc. Lama saya try tak pecah2 lagi. Saya jadi sedih. Selepas buat sex mesti kami bergaduh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, selaput dara adalah lapisan daging yang nipis terletak pada bukaan faraj anda. Tidak semestinya selaput dara akan pecah semasa melakukan hubungan seksual sahaja. Terdapat juga beberapa sebab lain di mana selaput darah boleh pecah atau koyak seperti:
- Melakukan aktiviti yang lasak seperti berkuda dan berbasikal
- Atlet lebih cenderung untuk hilang selaput dara disebabkan oleh aktiviti lasak
- Menggunakan tampon
- Semasa beronani
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk masalah sakit semasa melakukan hubungan seksual pula, ia mungkin berpunca daripada:
- Cervicitis
- Kecederaan pada dinding faraj
- Faraj yang kering kerana anda belum bersedia
Anda perlu berbincang mengenai masalah anda bersama dengan suami anda dan berjumpa dengan doktor supaya anda boleh diperiksa kerana kami bimbang sakit tersebut berpunca daripada masalah lain dan pada masa yang sama juga, anda dan suami anda boleh diberi kaunseling mengenai hubungan dan kesihatan seksual.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam mengenai masalah anda.