
Sulit
5 tahun
Hubungn kelamin pada hr ke-6 ketika pengambilan pil perancang
Hi… Saya mengambil pil perancang. Tp pada hari ke-6 sy Mengambil pil perancang Itu sy melakukn hubungan kelamin. Adakah ia masih dpt mencegah dr kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda baru memulakan pil perancang tersebut tetapi bukan pada hari pertama haid anda, anda tidak terlindung daripada kehamilan dengan segera. Anda sepatutnya menggunakan kondom dalam 7 hari pertama pengambilan pil ini. Oleh itu, potensi untuk hamil ketika and bersetubuh pada hari ke-6 masih ada walaupun lebih rendah daripada hari-hari sebelumny. Anda digalakkan untuk memeriksa status kehamilan sekiranya anda tidak datang haid untuk kitaran seterusnya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.