
Sulit
4 tahun
Ingin mengandung tetapi kecewa kerana masih tiada lagi, mempunyai masalah period tidak teratur selepas berkahwin, risau adakan ini petanda saya ada masalah untuk hamil? period setiap bulan datang, tapi lewat atau cepat je
saya wanita berumur 26 tahun, baru berkahwin pada bulan 12 tahun lepas,tengah berusaha untuk mengandung, tetapi masih belum ad lg, apa yg merisaukan sy, sebelum ini period sy paling lambat dalam 2 ke 3 hari tapi selepas berkahwin period saya lewat dalam 7 hari dri tarikh sepatutnya sy period. tetapi pada bulan ini period saya lewat sebanyak 9 hari. adakah sy ada harapan utk mgandung? apakah maasalah saya?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur mempunyai pelbagai punca dan sebab seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Masalah haid tidak teratur ini boleh menjadi punca kepada masalah kesukaran hamil ataupun sebaliknya.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini mengenai tips dan cara untuk mudah hamil yang merangkumi kiraan waktu subur dan melakukan hubungan intim bersama suami ketika subur, melakukan hubungan intim bersama suami sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan pelbagai cara lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah haid tidak teratur merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.