Sulit
3 tahun
Ingin tahu dengan lebih lanjut bagaimana sesak nafas asma dan bezanya dengan sesak nafas akibat covid 19
Assalamualaikum Doktor, saya ada history penyakit asma namun lebih 10 tahun tidak menyerang. Tp sejak kebelakangan ini iaitu 20 hari yang lalu… sesak nafas tanpa gejala (seperti batuk) berlaku hampir setiap malam. Selepas makan ubat asma sesak nafas hilang. Soalan: Adakah asma kembali menyerang atau penyakit lain.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, hanya dengan maklumat yang anda berikan, ianya tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan mengenai punca sebenar masalah anda.
Terdapat kemungkinan bahawa ianya penyakit asma yang menyerang kembali terutama sekali kerana ia berlaku di malam hari. Ianya merupakan antara ciri khas asma dimana ianya sering menyerang ketika malam sehingga subuh. Namun, saya tidak menolak kemungkinan untuk sesak nafasa anda berpunca dari masalah lain seperti
Anemia - kurang darah merah
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Selain itu, sekiranya sesak nafas sahaja tanpa ada gejala lain seperti demam dan batuk, ianya mungkin tidak merujuk kepada jangkitan COVID-19.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.