
Sulit
3 tahun
Irritation & gatal di bulu miss V
Saya merupakan seorang perempuan berusia 20an dan masih belum berkahwin. Sudah melebihi 6 bulan saya mengalami masalah ini dimana selepas mencukur bulu miss V saya akn mengalami kegatalan dan irritation di sekitar bulu yg telah dicukur. Hal ini menyebabkan berlaku keputihan & membuat saya berasa tidak selesa kerana gatal. Perkara ini akan berlaku selepas saya mencukur, ketika period dan kembali pulih selepas bulu miss V sy panjang. Sy telah berjumpa dgn ahli farmasi dan mencuba krim sapu candid B dan canesten tp masih tiada perubahan. Tolong bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kegatalan pada bahagian kemaluan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kegatalan anda boleh disebabkan oleh :
- Jangkitan kuman pada kulit
- Jangkitan kuman pada sistem reproduktif
- Penyakit kencing kotor (UTI)
- Penyakit kelamin
Anda memaklumkan bahawa anda berasa gatal selepas mencukur bulu pada bahagian kemaluan. Pencukuran juga boleh menyebabkan kegatalan. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut mengenai perkara ini. Anda juga boleh menghubungid doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan