Sulit
5 tahun
Isteri saya selalu gatal di bahagian jari tangan, Hand Dermatitis
Isteri saya mengalami gatal2 di bahagian jari tangan, tak silap saya di panggil hand dermatitis, apakah rawatan atau ubat/krim yang sesuai untuk merawat ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatalpada jari boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dermatitis kontak iritan atau keradangan apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan kulit
- dermatitis kontak alergi apabila seseorang mempunyai alahan kulit terhadap sesuatu bahan
- psoriasis sejenis penyakit autoimun
- dishidrotik ekzema sejenis ekzema
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.


































