Sulit
3 tahun
Isteri saya tidak bersedia untuk mengandung tetapi kami sudah bersetubuh minggu lepas
saya suami kepada isteri saya yang berumur 22 tahun…isteri saya masih belum bersedia untuk mengandung tetapi pada minggu lepas kami telah bersetubuh, saya tidak pasti sama ada saya terpancut dalam ataupun tidak…sepatutnya dia datang haid semalam tetapi dia masih belum datang haid pada hari ini…jika dia mengandung,adakah cara untuk menggugurkan kandungan tersebut?terima kasih doctor
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk makluman anda, ianya adalah salah mengikut undang undang Malaysia untuk menggugurkan kandungan tanpa tujuan perubatan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!