
Sulit
3 tahun
Istihadoh setiap bulan
Saya umur 20, memang dari awal mula datang period sentiasa istihadoh. Cuma sejak 3 thun ini saya akan istihadoh seminggu sebelum cukup waktu haid saya,dan setiap kali itu juga saya sengugut teruk. Maksudnya seminggu selepas saya mandi hadas,darah istihadoh akan keluar. Setiap bulan berlaku. Jarang2 tak ada

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda merasa bimbang tentang darah istihadah yang keluar setiap bulan. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Istihadah bermaksud pendarahan wanita yang tidak normal apabila berlaku di luar tempoh kitaran haid ataupun dari segi kuantiti pendarahan. Pendarahan jenis ini berpunca daripada organ rahim dan bukannya dari pundi kencing atau kecederaan pada bahagian kemaluan untuk digelar sebagai istihadah. Masalah istihadah ini merupakan sesuatu gejala dan bukannya punca penyakit.
Untuk pengetahuan anda, istihadah dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Masalah hormon
- Polip endometrium
- Fibroid
- Policystic Ovarian Syndrome (PCOS)
- Endometriosis
- Efek samping daripada ubat-ubatan tertentu
- Masalah pembekuan darah
Oleh itu, saya mencadangkan kepada anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor