
Sulit
3 tahun
Jangkitan hiv melaluai kesan darah pada cawan
Maaf Dr saya inginkan kepastian… Adakah hiv boleh berjangkit melalui perkongsian cawan… Sekiranyanya pembawa hiv itu mempunyai bibir berdarah dan meninggalkan kesan darah pada cawan itu kemudian datang orang lain minum menggunakan cawan yang sama TAMPA dia perasan ada kesan darah pada cawan itu… Ada risiko jangkitan tak melaluai cara itu… Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya kejadian yang anda gambarkan berlaku, ia berisiko rendah menyebarkan jangkitan HIV. Penyebarannya bukan seratus peratus, sebab air liur manusia mempunyai antibodi dan enzim berfungsi untuk menyerang virus. Selain itu, penyebarannya juga bergantung pada jumlah virus dalam sisa darah tersebut dan kebolehan virus ini memasuki aliran darah orang lain melalui sistem pencernaan.
Kes yang dilaporkan menjangkiti HIV melalui kaedah ini adalah 0.04 hingga 0.27 peratus, amat jarang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.