
Anonymous
4 tahun
Jangkitan hiv melalui jari Dan susu badan kepada orang dewasa
Adakah hiv boleh berjangkit dari susu ibu jika terminum (sedikit) Dan finggering ke dalam faraj.
Saya telah menjalankan ujian HIV sbyk 8 Kali sejak tarikh risiko Dan yg melibatkan ujian lab test ag ab pada Hari ke 50, 61,70,78,83,88. Pada Hari ke 90 Saya buat ujian guna HIV ag ab rapid test aller determine Dan yg terakhir pada Hari ke 98 rapid antibodi test. Semuanya negative. Adakah ujian2 yg Saya buat ini conclusif atau saya perlu buat ujian lain dalm tempoh 6 bulan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Aktiviti yang berisiko mendapat jangkitan HIV adalah:
melalui aktiviti seksual dan penggunaan jarum seperti jarum suntik. Jangkitan HIV tidak boleh merebak dalam air liur, air mata, air kencing dan peluh. Oleh yang demikian, jangkitan itu tidak menular dalam situasi sebegitu.
Melalui cecair badan tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani atau lebih dikenali sebagai air mazi, cecair rektum, cecair faraj, dan susu ibu. Cecair ini mesti bersentuhan dengan lapisan mukosa atau tisu yang rosak atau disuntik terus ke dalam aliran darah (daripada jarum atau jarum suntikan) untuk penyebaran virus HIV berlaku. Lapisan mukosa terdapat di dalam rektum, faraj, zakar, dan mulut.
Virus HIV tidak dapat bertahan lama di luar tubuh manusia. Virus tersebut akan mati dengan cepat apabila cecair badan kering. Anda tidak akan dijangkiti virus HIV jika tersentuh sebarang permukaan awam seperti tombol pintu atau kerusi tandas.
- Daripada ibu kepada anak semasamengandung, melahirkan anak atau semasa menyusu. Risiko untuk anak dijangkiti HIV daripada ibu adalah lebih tinggi jikalau ibu sudahpun menghidapi HIV serta tidak menerima sebarang rawatan HIV. Para doktor menasihati semua wanita hamil untuk menjalani ujian darah supaya risiko dijangkiti HIV dapat dikurangkan.
Rawatan susulan untuk mengetahui status HIV selepas akitviti berisiko mengambil masa minima 6 bulan.
Untuk maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.