
suaidahlatiff01
2 tahun
Jangkitan kulat di muka
Saya berumur 18 tahun dan mempunyai panau di muka. Saya ada menggunakan ubat sapu yang saya beli di farmasi tetapi tidak memberi kesan malah semakin merebak. Saya juga pernah beberapa kali sembuh sebelum ini sewaktu di sekolah menengah tapi panau tu datang balik . Mohon nasihat dari doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan,panau adalah jangkitan kulat pada kulit yang boleh disebabkan oleh:
- Kulit berminyak
- Persekitaran panas dan lembap
- Imun sistem lemah
- Hormon yang meningkat
Panau secara keseluruhannya tidak merbahaya dan boleh hidup lama pada tubuh seseorang tanpa mendatangkan masalah. Tompok panau akan hilang dalam masa beberapa bulan sehingga tahun selepas memulakan rawatan.
Pengambilan syampu yang mengandungi bahan antikulat boleh diamalkan bagi mereka yang berisiko untuk medndapat panau yang berulang. Contohnya mereka yang sering terdedah kepada matahari. Selain itu, langkah pencegahan lain termasuklah:
- Mendidik diri dan orang sekeliling tentang panau
- Membersihkan diri dengan baik selepas berpeluh
- Menggunakan pakaian yang longgar dan menyerap peluh
- Mengamalkan pemakanan seimbang
- Mengambil steroid cuma atas nasihat doktor
Jika terdapat sebarang kemusykilan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor bagi maklumat lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.