
Sulit
5 tahun
Jangkitan Penyakit Sifilis
Saya disyaki menghidapi penyakit sifilis setelah menjalani ujian darah . Namun tubuh badan saya tidak menunjukkan apa apa simpton penyakit tersebut . Saya telah berjumpa dengan doktor tetapi tidak diberikan sebarang rawatan susulan . Apa yang perlu saya lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Secara umumnya, setelah melepasi fase awal, penghidap sifilis tidak menunjukkan sebarang gejala. Untuk makluman anda, kuman sifilis mengambil masa yang lama untuk dibunuh lebih-lebih lagi apabila telah berada dalam sistem tubuh untuk tempoh yang lama. Justeru, anda adalah digalakkan untuk terus mendapatkan rawatan sesuai yang diberikan dan dinasihatkan oleh doktor anda.
Selain itu, memandangkan kuman sifilis boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel tubuh, adalah digalakkan untuk melakukan hal berikut yaitu:
- Memastikan pasangan seksual anda juga mendapat pemeriksaan dan rawatan sifilis
- Kenalpasti apakah status HIV anda
- Memastikan anda tidak mempunyai masalah terkait saraf seperti masalah penglihatan, masalah menghidu dan lain-lain
Sebaiknya anda menemui doktor semula dan mendapatkan klarifikasi tentang kondisi dan status penyakit anda. Bagaimanapun, andainya terdapat persoalan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.