
nurain.zariatul
5 tahun
Jangkitan std herpes
Saya berusia 24 tahun dan saya ada herpes pada kemaluan.bagaimana saya nak hilangkan nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, sebelum kami memberi sebarang cadangan rawatan, kami perlu mengetahui adakah anda benar-benar menghidap jangkitan herpes atau jangkitan kelamin yang lain.
Jangkitan herpes biasanya menyebabkan gejala tumbuhnya beberapa benjolan berair yang akan pecah beserta dengan gejala lain seperti demam dan sakit badan. Jangkitan lain yang boleh memberi gejala yang seakan sama adalah sifilis yang menyebabkan luka yang dipanggil chancre pada kemaluan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi adalah herpes atau tidak serta mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.