Sulit
3 tahun
Jantung berdegup dengan laju
Saya wanita berumur 20 an… Saya sering menghadapi sakit kepala yang teruk dan kekadang terpaksa memakan paracetamol… Sejak akhir-akhir ini., jantung saya berdegup dengan kencang membuatkan saya tidak selesa ketika melakukan rutin harian saya. Apakah saya patut lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah jantung berdegup laju ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah ritma jantung
Masalah hormon tiroid
Masalah anxiety
Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca sebanar masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya selepas diagnosis diperolehi, rawatan boleh dibrikan Oleh itu, apa yang saya sarankan untuk anda lakukan adalah merujuk masalah ini kepada doktor.
Selain itu, masalah sakit kepala memang sering berlaku kepada orang ramai dan kebiasaannya tidak merujuk kepada masalah yang merbahaya. Namun, jangan pandang remeh dan segera dapatkan pemeriksaan lanjut sekiranya masalah sakit kepala anda disertai dengan gejala seperti:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!