
Sulit
4 tahun
Jantung degup laju dan berpinar
Saya wanita berumur 40tahun. Mempunyai sejarah hyperthyroidism dan mengalami slip disc. 2 hari ini jantung saya berdegup dengan laju secara tiba dan kadangkala mengakibatkan mata berpinar. Merasa tidak selesa kerana menyebabkan saya merasa seperti sesak didada. Perlukah saya menjalani semula rawatan hyperthyroidism sedangkan sudah 2tahun saya tidak mengambil ubat hyperthyroidism dan badan saya juga tidak mengalami penurunan yang mendadak seperti dahulu. Hanya selepas menjalani suntikan steroid dan RF untuk slip disc saya mengalami kenaikan berat badan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah!
Keadaan atau penyakit yang dapat memberi gejala degup jantung laju dan sesak dada termasuk:
- Gangguan organ jantung
- Paru-paru berair
- Gangguan tiroid
- dan lain-lain
Antara gejala penyakit hipertiroid termasuk:
- Takikardi
- Palpitasi
- Kuat berpeluh & cemas
- Tidak selesa di kawasan leher dan dada
- Mempunyai sejarah penyakit Hipertiroid
- dan lain-lain
Sebelum membat apa-apa kesimpulan, adalah lebih baik kita mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda. Ini juga agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Antara pemeriksaan perlu dilakukan terlebih dahulu termasuk:
analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
pemeriksaan fizikal
pemeriksaan darah
pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.