Sulit
5 tahun
Jantung problem ke doktor?
Assalammualaikum doktor… Baru terjadi dekat saya tadi jam 11.30 mlm… saya tidur… selepas itu saya tersedar dari tidur… nafas saya lemas2 macam Mandi kolam… tercungap2 saya menarik nafas… kenapa ya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasasesak nafas ketika bangun tidur. Untuk makluman anda, gejala sesak nafas dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- penyakit jantung koronari
- heart failure
- asma
- COPD
- pneumonia
- pneumothorax
- Pulmonary embolism
- alahan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih




































