
Sulit
4 tahun
Jerawat atau bisul di kemaluan lelaki
Saya perasan semalam dekat tepi bekas jahitan sunat di kemaluan saya gatal2,pagi ni saya tengok ada macam jerawat ada nana putih…tapi kecik sahaja sama seperti jerawat…Ada ka ia bisul atau jerawat? Boleh ka saya sapu fucidic atau fucicort cream?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Buat masa ini anda tidak digalakkan meletakkan apa-apa ubat pada benjolan tersebut. Untuk mendapatkan rawatan yang tepat, punca masalah perlu diketahui dahulu. Masalah benjolan pada zakar boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit Kelamin ( Sexually Transmitted Disease ) seperti HPV, Herpes, Klamidia, Sifilis, Gonorrhea, Trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Ketuat kelamin
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.