
Sulit
4 tahun
Jerawat di bahagian faraj
semasa saya berumur 13 tahun saya mengalami bintik bintik seperti jerawat di bahagian faraj dan ia telah hilang tetapi tidak keseluruhannya. Namun kini saya berumur 16 tahun, jerawat itu kembali ada di faraj saya. Saya takut nak picit kerana dia berasa sakit. Adakah ini berbahaya atau suatu penyakit. Bagaimana cara untuk mengatasinya?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu jerawat di bahagian faraj. Untuk makluman anda, secara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- gangguan kelenjar peluh (i.e. hidradenitis suppurativa, folliculitis)
- jangkitan kuman (i.e. vulvovaginitis)
- gangguan kulit (i.e. dermatitis)
- Gangguan kelenjar bartholini
- gangguan kelenjar minyak dan lain-lain
Untuk mengetahui rawatan yang tepat mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Buat masa sekarang, anda digalakkan untuk tidak memicit jerawat tersebut bagi mengelakkan kemungkinan penyebaran jangkitan kuman yang lebih luas dan menyebabkan jerawat bertambah banyak. Anda digalakkan untuk menjaga kebersihan dengan membersihkan menggunakan air yang bersih, tidak memakai seluar dalam yang ketat dan kerap menukar tuala wanita ketika datang haid.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Jika masalah ini berlarutan dan semakin mengganggu anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Maklumat dan pemeriksaan lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!