
Sulit
5 tahun
Jerawat di kemaluan dan cara untuk merawat
Saya lelaki umur 32 tahun… masalah yang saya alami ialah berkenaan dgn jerawat yang tumbuh di sekitar kemaluan… permulaanya saya cuma anggap jerawat biasa… tapi selepas sebulan banyak pula jerawat lain yang muncul… bentuknya seperti jerawat dimuka… bagaimana cara saya nak merawat penyakit saya ni? Adakah ubat atau cream yang boleh saya guna untuk merawat penyakit ini… terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jerawat di kulit zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin ( Sexually Transmitted Disease ) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.