
Sulit
5 tahun
Jerawat di kulit buah zakar
Saya berumur 24 tahun dan mengalami penyakit seperti jerawat yg tumbuh di kulit buah zakar saya. Jerawat ini telah muncul dlam tempoh masa yg lama tetapi tidak hilang dgn sendirinya. Boleh saya tahu cara untuk menghilangkannya dan apakah implikasinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jerawat di kulit buah zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin ( Sexually Transmitted Disease ) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.