
athrhdyana
4 tahun
Kahak atau lendir berdarah semasa membuang kahak atau batuk
Saya umur 20 tahun and saya ada penyakit asthma. Sekarang saya asik batuk and bila saya keluarkan kahak atau cecair dari mulut, akan ada keluar darah sikit sikit kenapa eh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab batuk berdarah. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
- Radang pada tekak menyebabkan lapisan tekak mudah terluka
- Jangkitan pada paru-paru
- Masalah darah cair
- Jangkitan tibi
- Gusi berdarah
Untuk mengetahui punca batuk berdarah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.Terima kasih.