
fareez_shafie
5 tahun
Kahak di tekak dan lelangit
Hi doktor. Saya mempunyai masalah untuk bernafas apabila kahak dimulut saya menganggu peenfasan saya. Kahak dimulut juga sukar untuk di keluar kan menyebabkan tekak berdarah untuk cuba mengeluarkan kahak. Saya ade terbaca artikle mengatakan covid hidup didalam kahak/ air liur yang pekat adakah saya harus membuat saringan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Masalah tekak berkahak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COVID-19:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Oleh kerana itu gejala nya yang agak sama seperti penyakit lain, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini