
Sulit
4 tahun
Kahak lebih 10 hari , demam
saya wanita , 36 tahun, telah mengalami tekak berkahak lebih 10 hari, sudah makan ubat, sejak isnin 30 mar (clarinese dan augmentin), namum masih tidak pulih. hari ni badan berasa panas (tidak ada thermometer untuk cek).
tiada batuk, tiada selesema, tiada sakit kepala.
dada terasa penuh, tido tidak lena, kerana tersedar tidak bernafas
kadangkala dada terasa mencucuk
saya tidak keluar negara, kali terakhir keluar rumah 17 march
patutkah saya membuat covid-19 swab test?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan simptom anda, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital.
Simptom-simptom yang telah anda nyatakan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Demam denggi
- Kencing tikus
- Malaria
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.