diana811105
6 tahun
Kaki ibu jari kaki kiri dan jari tangan Lena’s
Saya wanita berumur 53 tahun… saya sering mengalami kebas kebas di kaki kiri ibu jari kiri dam sekarang jari tangan keras kebas… saya tak ada penyakit kencing manis ayah apa2 penyakit… mohon balas thank you doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kebas kaki dan tangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
- toksin
- kencing manis
- masalah buah pinggang
- leprosy (kusta)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























