
Sulit
4 tahun
Kawan saya Kadang kadangg walaupun tak buat apa apa jantung rasa dicengkam terasa sesak akan tetapi dia tidak mahu beritahu sesiapa pun
Saya remaja perempuan berumur 18 tahun mempunyai rakan lelaki yang berumur 20 an rakan lelaki saya ni dia tidak la kerap tetapi kadang kadang dia macam rasa janting dia dicengkam dia kata sakit samgat tapi dia tanak bagitahu orang lain so saya wakil dia untuk tanya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah yang rakan anda hadapi iaitu rasa sakit pada bahagian jantung seakan dicengkam atau sakit dada. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Rakan anda dinasihatkan untuk:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
Untuk mengetahui punca masalah yang rakan anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, rakan anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung bermula sekarang.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi