
srhazdn
5 tahun
Kawasan kemaluan menggelupas dan kemerahan
Hi doctor, saya wanita berusia 26 tahun. Baru baru ini saya menukar jenama pad yang baru dan saya sedar terdapat sedikit keradangan. Setelah habis period saya berasa gatal2 di kawasan kemaluan, apabila saya check, kelihatan seperti tisu kulit menggelupas dan kulit saya kemerahan di sebalik kulit menggelupas ini. Agak kegatalan dan tidak selesa saya tidak pasti apa yang saya patut lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkaitan dengan masalah cik, mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- alahan pada produk tersebut
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Anda disarankan untuk berhentin menggunakan produk tersebut dan mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.