
Sulit
5 tahun
Kebas, sakit bhgian tulang blkg ke pinggul dan terdpat beberapa situasi
sy wanita dan berumur 31thn…
beberapa tahun lepas sy pernah menjalani pembedahan kecil di tumit kaki kerana terpijak jarum, permukaan tajam jarum patah dan tertusuk ke dlm tulang kaki sy dan pihak hospital buat pembedahan segera kerana takut ada serpihan jarum tersbut bjln mengikut darah, pd ketika itu sy diberikan suntikan epidural…slps pembedahan tersebut sy kerap mengalami kebas2 di tgn hingga ke kaki.
di lengan tangan kiri sy terdapat 1 benjolan kecil dimana bila benjolan tersebut sedikit sakit akan disertakan skali kebas2 tgn sebelah kiri sahaja…
3.selepas bersalin 31/01/2020 sy kerap sakit di tulang belakang dari bhgian pinggang hingga ke tulang pinggul…
adakah bahaya bg sy yg kerap mgalami kebas2 dan sakit di tulang blkg? mohon pendapat dan nasihat dari doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit belakang yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit belakang berdasarkan keterangan anda ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kesan sampingan suntikan epidural
- Slipped disc (lazim berlaku pada bahagian pingang tulang Lumbar 4 dan 5)
- Herniated disc
- Ankylosing spondylitis
- Masalah batu karang dalam buah pinggang
Sebab gejala anda yang lain tetapi amat jarang seperti:
- Tibi tulang belakang (tb spine)
- Jangkitan kuman pada tulang (osteomyelitis)
Lazimnya sebelum mencapai diagnosis, ujian seperti pemeriksaan fizikal, ujian pengimejan seperti MRI tulang belakang akan dibuat terlebih dahulu dan sekiranya anda berkunjung ke hospital kerajaan kosnya tidak akan lebih RM50. Rawatannya termasuklah fisioterapi, pengurangan berat badan, pemulihan cara kerja dan pendidikan postur yang betul untuk mengangkat barangan berat serta ubat-ubatan. Terdapat juga pilihan pembedahan untuk masalah ini namun, ia tidak digalakkan kerana pembedahan melibatkan saraf (neurosurgery) mempunyai risiko yang tinggi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.