
Sulit
4 tahun
Kecederaan fizikal akibat dipukul
Saya ditendang banyak kali oleh suami di bahagian perut. Dipukul dan sakit juga di bahagian lain. Setelah dua hari perut saya masih sakit dan senak. Bahagian lain juga rasa lemah dan terdapat lebam. Darah mengalir dari celah kuku. Boleh saya tahu adakah bahaya jika perut saya masih sakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami sakit perut seperti:
- Kecederaan atau trauma dari faktor luaran (dipukul dan ditendang)
- Usus tersumbat
- Radang apendiks
- Radang pankreas
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Pemeriksaan daripada pihak doktor haruslah dibuat supaya punca sakit perut anda dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan.
Selain daripada itu, ingin kami tekankan kepada anda supaya anda menghubungi Talian Kasih (24jam) jika anda didera atau dipukul oleh suami.
Talian Kasih
15999
019-2615999
Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.