
Sulit
2 tahun
Kegatalan dalam vagina
Saya wanita, baru berkahwin, berumur 27 tahun. Dalam sehari dua ni saya mengalami kegatalan di sekitar lubang faraj. Saya kurang pasti apakah puncanya. Namun tiada darah, nanah atau cecair pelik. Adakah kegatalan itu disebabkan oleh kuman atau kulat ? Apa yang saya perlu lakukan untuk menghilangkan kegatalan ?
Saya beranggapan kegatalan mungkin terjadi apabila saya duduk diatas lantai ketika membersihkan bilik mandi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti jantina, sudah berapa lama gatal muncul dan apakah terdapat gejala lain seperti demam?
Secara umum, gatal di kemaluan boleh terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Alahan(sensitif kepada fabrik tertentu dan sebagainya)
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Menghidap penyakit kelamin
- Penggunaan antibiotik atau kortikosteroid untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.