
norhidayu129
5 tahun
Kegatalan dan melecet
Saya baru lepas bersalin dan sedang berpantang hari ke 24…saya nk tnya kenapa di celah peha smpai ke buntot kena gatal2 ye…tempat jahit tak gatal dan dah pulih…tapi sekarang gatal2 dah berkurang jadi melecet plk…ssh untuk bergerak…dah seminggu saya kena…boleh tak dr suggest kan ubat yg boleh saya gunakan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, gejala yang terjadi yaitu gatal dan melecet dibahagian tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat masalah bahagian kulit berambut
- contact dermatitis akibat pemakaian
- candidiasis sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis masalah autoimun
Oleh kerana anda baru sahaja selepas melahirkan, adalah amat dikhuatiri sekiranya anda terkena jangkitan kulit. Walaupun ubat untuk menghilangkan dan melegakan gatal boleh dibeli secara over the counter sahaja, ubat untu membunuh kuman memerlukan preskripsi doktor. Justeru, adalah amat digalakkan untuk anda merujuk lanjut kepada doktor tentang masalah ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.