
Sulit
3 tahun
Kegatalan di kemaluan sejak beberapa hari lalu
saya berusia 19 tahun. sejak 2 hari lalu, kemaluan saya berasa amat gatal. saya tidak pernah bersetubuh. ia terjadi secara tiba-tiba. apakah solusi kepada masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda bertanyakan tentang solusi kepada masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada kemaluan sejak 2 hari lalu. Hal ini pastinya menyebabkan kegusaran. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, bagi mengenal pasti solusi terbaik, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Secara umum, antara punca kegatalan pada kemaluan adalah:
- Alahan terhadap produk pencuci
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat atau berbahan kain sintetik
Namun, ia juga boleh disebabkan perkara yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian daripada doktor , seperti:
- Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
- Masalah kulit
- Jangkitan kulat
Oleh, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Ginekologi