
Sulit
3 tahun
Kegatalan di kemaluan wanita dan kelengkang
Salam sejahtera. Saya seorang wanita berumur 30tahun dan belum berkahwin. Setiap bulan, boleh dikatakan saya mengalami keputihan yang banyak dan pernah berbau sekali sahaja, selepas itu di bulan lain tiada bau lagi. Baru-baru ini juga saya sering mengalami kegatalan di bahagian kemaluan dan saya menggunakan sabun Dettol untuk menghilangkan kegatalan tetapi tidak berjaya. Saya juga mencuba sabun semambu dan krim Hydrocortisone sebagai alternatif lain tetapi kegatalan itu masih ada. Untuk pengetahuan Doktor, saya memang ada alahan dengan hama (sudah membuat ujian darah/alahan). Harap Doktor dapat membantu atas masalah saya hadapi ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, kegatalan pada kemaluan dan kelengkang boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Alahan (hama pakaian)
- Jangkitan pada kemaluan (kebersihan kurang memuaskan)
- Penyakit radang pelvis
- Masalah tisu lapisan faraj
- Ketidakseimbangan hormon
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, sebaiknya anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.