
Anonymous
2 tahun
Kegatalan dibahagian kemaluan wanita
Saya wanita berumur 20’an… bila kemaluan rse gatal dan menyebabkan garu yg smpi menyebabkan kemaluan merah n luka, saya akan sapu bedak baby utk meredakan kegatalan dan pedih. Adakah ini sesuai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara punca gatal pada kemaluan adalah:
- Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
- Alahan terhadap produk pencuci
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat dan kain sintetik
- Jangkitan kulat
- Masalah kulit
Anda disarankan untuk merawat kegatalan tersebut dan tidak meletakkan sebarang bahan seperti bedak atau produk losyen atau pencuci kerana dikhuatiri boleh menyebabkan ia menjadi lebih teruk.
Antara tips mengelakkan kegatalan adalah:
- Mneggunakan pakaian dalam yang longgar dan diperbuat daripada kain kapas
- Tukar pakaian dalam yang basah selepas berenang atau berpeluh secepat mungkin
- Elakkan penggunaan pencuci faraj lebih lebih lagi dengan pewangi
- Jaga kebersihan kawasan kemaluan, tukar tuala wanita atau panty liner dengan kerap
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk rawatan yang diperlukan. Terima kasih.