
Sulit
4 tahun
Kegatalan masa miss v
asaalam. hai, saya berumur 16tahun. saya ingin bertanya, apakah punca kegatalan pada miss v? saya berpendapat bahawa saya kena jangkitan kuman pada miss v. perkara ini berlaku dari bulan 6 2020 sampai sekarang 2021. dan ianya tak hilang. saya buntu apakah yang perlu saya lakukan. saya pernah sapu ubat yang bernama CROTAMIXONE CREAM dan ianya tidak berkesan. saya perlukan nasihat dari doctor. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami kegatalan di kawasan kemaluan, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Vaginitis
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan kelamin
- Dermatitis atau radang kulit
- Menggunakan seluar dalam yang menggunakan bahan yang kurang sesuai dengan kulit anda
- Keputihan
- Jangkitan kulit: bakteria, kulat atau virus
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk diperiksa supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Buat masa ini, kami sarankan:
- Meningkatkan penjagaan kebersihan kawasan kemaluan
- Jangan gunakan ubat tanpa preskripsi doktor
Sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Sakit ketika kencing
- Kencing berdarah atau bernanah
- Terdapat cecair berbau atau darah keluar dari faraj
- Kegatalan anda mengganggu aktiviti harian anda
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dan mendapatkan nasihat daripada doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.