
Sulit
3 tahun
Kegatalan pada hujung kemaluan
Saya lelaki berumur 28 tahun saya baru saja digigit oleh sengkenit x lama kemudian kemaluan saya terasa sgt gatal ada kah cara untuk mengatasi masalah saya doktor terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah kegatalan pada kemaluan akibat gigitan daripada serangga. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Gigitan serangga
- Kurang penjagaan kebersihan
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
Namun begitu, masalah yang disebutkan boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Jangkitan penyakit kelamin
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.