
Sulit
3 tahun
Kegatalan pada vagina suda lebih 2 tahun
saya wanita umur 22 tahun dan masih belum berkahwin. saya ada masalah kegatalan pada vagina sejak umur saya 20 tahun lagi. saya tidak tahu apa penyebabnya dan saya rasa sangat rimas dan tidam selesa. saya sudah beberapa kali berubat di mana2 hospital tetap juga tidak sembuh. bagaimana saya selesaikan masalah saya ini? saya harap doktor boleh membantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kegatalan pada kemaluan sejak 2 tahun yang lalu, menyebabkan anda berasa rimas dan kurang selesa. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Secara umum, antara punca kegatalan pada kemaluan adalah:
- Alahan terhadap produk pencuci
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat atau berbahan kain sintetik
Namun, ia juga boleh disebabkan perkara yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian daripada doktor , seperti:
- Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
- Masalah kulit
- Jangkitan kulat
Oleh, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.